Wednesday, April 28, 2010

Rombongan Percutian Pulau Pangkor.

Assalamualaikum warga KUF,

Disini ada beberapa pengumuman mengenai rombongan percutian KUF pada bulan Jun nanti. Senarai ahli-ahli keluarga dan juga Itenary for Pulau Pangkor. Diharapkan semua telah membuat persediaan untuk mengambil cuti dan yan paling penting "ONGKOSnya"

Itinerary for Pulau Pangkor:

KLIK DISINI - (Senarai Nama dan No. Bilik)

KLIK DISINI - (Menu)

Monday, April 5, 2010

Kejohanan Bowling KUF.

Tahniah kepada peserta2 yang mengambil bahagian, serta ribuan terima kasih kepada penganjur dan penaja yang telah memberi sumbangan dalam menjayakan kejohanan kali ini. Semoga kita bertemu di lain masa dalam acara yang meriah sebegini.

Saksikanlah penyampaian hadiah kejohanan tersebut yang telah disampaikan oleh Dato' Fauzi Bin Mohd. Zain. Sekali lagi terima kasih!

Friday, April 2, 2010

PENGUMUMAN.

Assalamualaikum warga KUF,

Ada 2 pengumuman penting mengenai KUTU.

1. Saya ingin maklumkan mengenai perubahan mengenai penerima kutu untuk bulan APRIL 2010 ini. Penerima kutu untuk APRIL 2010 ialah Zalina 1 & 2 dan Puan Hjh. Zelly 1.

Tetapi diatas permintaan En. Amree Hassan dengan persetujuan Pn. Hjh Zelly Hassan, beliau telah bersetuju untuk memberi kepada Ustaz Zainurazi aitu peserta ke-12 dalam senarai kutu (penerima kutu bulan MEI 2010).

Ini bermakna penerima kutu untuk bulan APRIL 2010 ialah Pn. Zalina 1 & 2 dan Ustaz Zainurazi, dan Pn Hjh. Zelly akan dianjakkan untuk menerima kutu pada bulan MEI 2010.

Persetujuan ini dibuat, kerana ingin memberi Ustaz Zainurazi peluang balik ke negaranya untuk menguruskan Ibu yang sedang sakit.

2. Penambahan 3 penama kutu yang baru seperti berikut, Mami 3, Hafiz dan Cik Yah.

Akhir sekali, saya bagi pihak AJK KUF memohon agar kita semua dapat berdoa untuk kesejahteraan kesihatan ibu Ustaz yang sedang sakit.

Sekian Terima Kasih dan Wassalam.