Tuesday, February 23, 2010

Ziarah Neksu DiAmpang.




Assalamualaikum warga KUF yang dikasihi,

Ingin berkongsi bersama lawatan yang kami buat baru-baru ini di rumah Uncle Nuri di Bandar Baru Ampang. Kami menziarahi NekSu yang berada disitu dibawah penjagaan Uncle Nuri dan Auntie Lin.

Disini sempat kami mengambil gambar bersama NekSu buat tatapan warga KUF....dan mohon berdoa keatas NekSu dan keluarganya supaya diberikan kekuatan dan tabah menghadapinya.


Monday, February 22, 2010

Aturcara Kutu KUF Dirumah Pn. Haimi Fauzi

KUF MEETING

06 March 2010, Sabtu

ATURCARA:
12:30nn - Berkumpul di rumah yang telah ditetapkan (Puan Haimi Fauzi)
1:30pm - Qamat & Solat Jemaah Zuhur bermula
1:40pm - Doa Selamat
2.00pm - Makan tengahari dihidangkan
2:30pm - KUF Family Update / Others

Isu untuk dibincangkan bersama:
1. Update rombongan dan aktiviti sukan untuk tahun 2010
2. Update account KUF oleh Kak Zetty (Bendahari)
3. dan lain lain lagi...

*Laptop boleh dibawa untuk digunakan kerana ada kemudahan WIFI.

Disediakan oleh : Harik Fauzi

Ceramah-Ceramah Sempena Maulid Nabi Muhammad S.A.W.

Sempena hampirnya hari Maulid Nabi Muhammad S.A.W, ingin saya mengambil kesempatan untuk berkongsi peringatan kepada diri saya dan saudara-saudari warga KUF. Agar dengan peringatan in akan menjadikan kita lebih beriIBADAH kepada ALLAH S.W.T.


Petua Untuk Anak-Anak (Ustaz Kazim Elias)

Tingkatan Solat (Ustaz Mashadi Bin Masyudi)


2 Nikmat Yang Dilupai (Ustaz Zainal Toliban)

Tanda-Tanda Hari Kiamat (Ustazz Azhar Idrus)

Dunia Adalah Jambatan Akhirat (Ustaz Shamsul Mohd. Nor)


Sekiranya ada pandangan ataupun cadangan untuk menambah artikel didalam Blog KUF ini, sudilah sekiranya warga KUF menghantarkannya kepada email khadijahudinfamily@@gmail.com.

Sekian terima kasih.


~hambaALLAH~

Monday, February 8, 2010

AHLI JAWATANKUASA KUF.


Pengerusi
Pn. Hjh. Mohaini Mohd. Zain

Naib Pengerusi
Pn. Haimy Fauzi

Setiausaha
Pn. Hjh. Zellyasma

Bendahari
Pn. Zetty Akhtar

Biro Rombongan
En. Harik Fauzi

Biro Agama
En. Ariff M. Rajoli

Biro Sukan
Pn, Rabiatul Adawiyah

Biro IT
En. Amran Hasan


Biro Publisiti
Pn. Zalina Mohd. Zain


Biro Hadiah

Cik Syarifah Zuraiha


*Sila Klik DISINI untuk mengetahui TUGASAN dan TANGGUNGJAWAB setiap jawatan.


PERANAN AJK KUF


  1. Pemegang- pemegang jawatan ini hendaklah menjalankan tugas eksekutif dalam KUF dan MESTILAH terdiri daripada Wargenegara Malaysia.
  2. Fungsi JawatanKuasa ialah untuk mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian dan aktiviti KUF serta membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalan KUF mengikut dasar amyang telah ditetapkan oleh Mesyuarat AJK Pusat.
  3. JawatanKuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil sebarang tindakan yang bertentangan dengan keputusan Mesyuarat JawatanKuasa dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan JawatanKuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan Mesyuarat Bulanan.
  4. JawatanKuasa hendaklah mengemukakan lapuran berkenaan kegiatannya kepada tiap-tiap Mesyuarat JawatanKuasa dan Mesyuarat Bulanan.
  5. Jika timbul perkara yang mustahak henfaklah mendapat kelulusan JawatanKuasa dan Mesyuarat JawatanKuasa, tidak dapat diadakan maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan daripada ahli-ahli JawataKuasa secara pengedaran Surat Pekeliling atau pun E-Mail.
  6. JwatajKuasa boleh menubuhkan JawatanKuasa Kecil untuk apa-apa tujuan dan perkara, jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli JawatanKuasa.